Ads

Tuesday, October 1, 2013

Saat indah bila bersama...

Salam sejahtera....
Wah dah hampir sebulan saya tidak update blog ini...biasalah ..selama ini agak sibuk dengan urusan rumahtangga,anak-anak dan macam-macam lagi..Tapi syukurlah kerana ada kesempatan ini..Walaubagaimanapun..kesibukan yang saya hadapi ini ada juga faedahnya.Masa inilah saya dapat merapatkan lagi hubungan sesama ahli keluarga..tambahan pula suami tersayang turut ada bersama..setelah hampir 2 bulan meninggalkan kami atas urusan pekerjaan.Kesempatan ini kami ambil untuk bersantai bersama.Foto ini adalah pemandangan ketika bersantai di Esplaned Sipitang Sabah..Mungkin ianya taklah se gah mana tapi apa yang penting ialah masa kami bersama adalah masa yang sangat indah dan manis untuk dikenang..apalagi setelah sekian lama anak-anak asyik terperuk dirumah sahaja.Saya sangat bersyukur dan amat bertuah kerana memiliki suami yang sangat penyayang dan perihatin dengan keperluan keluarga.Jadi secara jujur saya nyatakan ..saya amat bahagia dan ingin mengabadikan kenangan itu di laman ini..Biarlah ianya jadi tontonan anda kerana ia adalah kenangan indah bila bersama keluarga tercinta.