Cinta Pandang Pertama......part 1
Tiga belas tahun yang lalu,waktu tu usiaku baru mencecah sekitar 22 tahun,aku ditemukan dengan seorang jejaka dari utara negeri sarawak.Pada mulanya aku bukanlah berniat nak berkahwin dalam masa terdekat..nak enjoy dululah katakan..tambahan pula,siapalah yang nakkan orang macam aku ni cewahh..rupa pun taklah cantik sangat ala..biasa-biasa je..
Kisah ini bermula(macam cerita P.Ramlee lah pulak..)bila aku menghubungi seorang bapa saudaraku yang kebetulan pada masa itu bekerja di negara jiran kita(Brunei).Aku dulu..boleh tahan juga nakalnya..Aku hanya mengusiknya dengan bertanyakan andai kata ada mana-mana mamat yang berminat untuk menerima salam perkenalan..dan entah kenapa pula dalam masa yang sama ..kata-kata salam ini bersambut.Hai..aku pun heran juga..tapi dalam hati,debaran tu..Tuhan saja yang tahu.
Kita teruskan cerita.......pada penghujung tahun 1999,selepas puas berbicara melalui telefon,akhirnya sidia menyatakan hasratnya untuk bersua..alahai...mulalah aku gelabah semacam..Apa tidaknya,selama ini hanya suaranya yang lemak merdu saja yang ku dengar dan sekarang sidia nak bertemu muka dengan muka pula...
Setelah ku fikirkan masak-masak,akhirnya aku bersetuju dan kami menetapkan suatu tarikh keramat untuk bersua.Bayangkanlah...perasaanku waktu itu..kata-kata "tidur tak lena dan bla bla bla..."kini betul betul kualami.Rakan-rakan sepejabat pula turut memberi sokongan.Debaran dihati semakin hebat...beginikah rasanya bila jatuh cinta...
Ingat tak cerita lakonan P.Ramlee..waktu si Kasim Selamat nak jumpa dengan Sabariah buat pertama kali...ha...begitulah hal yang terjadi...kami bersetuju mengenali diri masing masing melalui warna baju yang dipakai.Yalah..selama ini hanya suara saja yang didengar..tambahan pula seorang dari Lawas,dipisahkan oleh negara Brunei....dan aku pula di Miri..(..alahai indahnya waktu itu...)
Dipendekkan cerita,aku tba ditempat yang dijanjikan dengan perasaan yang sukar sekali untuk digambarkan.Setiap jejaka yang lalu disitu kuperhatikan dengan penuh debaran.."macam mana lah rupa mamat ni nanti.."Dulu bukan semua orang ada handphone yang boleh mms macam sekarang...hampir sejam aku menunggu sidia disitu dan mataku tidak jemu-jemu memperhatikan setiap orang yang lalu disitu dengan harapan salah seorang daripada mereka datang pada ku dan menghulurkan tangan tanda salam perkenalan...
Akhirnya..seorang jejaka datang padaku,barbaju putih,berkaca mata hitam gelap dan ciri-cirinya mirip dengan gambaran yang diberikan padaku...ahh..mungkin inilah orangnya..boleh tahan juga...Ketika dia menghulurkan tangan dan memperkenalkan diri..hatiku terus berbunga kerana inilah suara yang menghantuiku selama ini.Seperti bunga sakura yang mekar,begitulah perasaanku ketika itu.(.yakah..tak pernah tengok bunga sakura pun..hentam sajalah... )Salam perkenalannya ku sambut dan dunia menjadi milikku pada waktu itu...inilah yang dikatakan orang Cinta Pandang Pertama...bersambung..
No comments:
Post a Comment