Hai....

Saya adalah seorang surirumah dan ibu kepada 3 orang puteri dan seorang putera tunggal.Usia mereka adalah sekitar 12 hingga 3 tahun..Emmy,Douglass,Ebbygail dan Evangeline.Saya sangat bertuah kerana mereka semua anak yang baik.Suami saya jarang berada di rumah kerana kehendak pekerjaan,jadi sayalah yang banyak memainkan peranan dalam keluarga kami.Sayalah ibu dan dalam masa yang sama ,sayalah bapa..hebatkan..jadi bagi ibu-ibu yang berada dalam situasi seperti saya..
syabas..anda adalah yang terbaik..
Saya juga amat berminat dalam membuat kraftangan,lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan manik(kraftangan tradisional Orang Ulu Sarawak),jahitan crosstich,jahitan tampal seribu dan juga mengait benang.Semua ini saya lakukan bila ada kelapangan dan untuk melepaskan stress.Maklumlah..surirumah ni bukanlah seperti pekerjaan yang ada "off day"nya.Jadi dengan cara begini saya dapat melupakan seketika keletihan dan kesibukkan menguruskan sama ada anak-anak mahupun rumahtangga.
 |
Tali Parang Manik untuk Hantaran Kahwin suku Lun Bawang |
 |
Rantai Manik Hiasan |
 |
Hasil mengait benang |
Selain itu,untuk memenuhi citarasa suami tersayang,saya juga sudah belajar memasak makanan tradisi kaum Lun Bawang iaitu nasi bungkus(walaupun rupanya hampir sama dengan nasi bungkus kaum kayan..sayalah tu..)dan saya telah pun berjaya mendapat pujian dari suami tercinta..yes...
 |
Nasi Bungkus |
Saya juga sangat suka menulis..sebab melalui menulis,saya dapat meluahkan pendapat dan mengongsikan apa yang saya rasakan walaupun mungkin tidak menarik bagi sesetengah orang.Itulah sebabnya saya cuba-cuba buat blog ini..ha..ha..Terima kasih kerana sudi membaca hasil tulisan saya..sekian..
No comments:
Post a Comment