Iklan Sticky.Com..
Jana side income dengan cara yang paling santai dan sempoi..
Walaupun hanya dengan bayaran sebanyak RM0.15 per klik tetapi..dengan usaha berterusan dan kerajinan yang tinggi kita masih mampu menjana pendapatan yang lumayan..
Join sekarang..daftar percuma tanpa perlu keluarkan sesen pun..
http://iklansticky.com/hop.php?ref=debbie
MY SIMPLE LIFE BLOG
.....Landasan Untuk Mengabadikan Kenangan Dan Pandangan Tentang Kehidupan......
Sunday, November 10, 2013
Sibuk sangatkah aku ni..?
Salam sejahtera..
Rasanya sudah lama saya tidak update blog ni...mana tidaknya..akhir-akhir ni sibuk mencari peluang jana pendapatan sampingan di internet..Adalah join biz itu..biz ini..tapi masih belum rezeki kot..sampai sekarang masih belum dapat apa-apa hasil lagi..
Zaman yang serba-serbi perlu duit ni membuatkan kebanyakan surirumah tangga(apalagi sepenuh masa..macam saya)berusaha untuk mencari peluang bekerja..khususnya hanya dari rumah..
Memandangkan saya masih belum pandai sangat nak masukkan iklan..atau apa-apa penambahan dalam laman blog..mungkin agak makan masa sikit untuk menjadikan blog simple ini menjadi lebih menarik..betul ke apa yang saya tulis ni..lantaklah..selagi saya berminat untuk belajar dan terus belajar..rasanya tiada yang mustahil....
Tambahan pula masalah line broadband yang saya guna ni merupakan penghalang untuk saya bebas menerokai apa itu dunia inetrnet ni..Tapi tak apalah kan..setiap persoalan akan ada jawapan dan penyelesaian..
Sekian saja dulu..jumpa lagi..

Tuesday, October 1, 2013
Saat indah bila bersama...
Salam sejahtera....
Wah dah hampir sebulan saya tidak update blog ini...biasalah ..selama ini agak sibuk dengan urusan rumahtangga,anak-anak dan macam-macam lagi..Tapi syukurlah kerana ada kesempatan ini..Walaubagaimanapun..kesibukan yang saya hadapi ini ada juga faedahnya.Masa inilah saya dapat merapatkan lagi hubungan sesama ahli keluarga..tambahan pula suami tersayang turut ada bersama..setelah hampir 2 bulan meninggalkan kami atas urusan pekerjaan.Kesempatan ini kami ambil untuk bersantai bersama.Foto ini adalah pemandangan ketika bersantai di Esplaned Sipitang Sabah..Mungkin ianya taklah se gah mana tapi apa yang penting ialah masa kami bersama adalah masa yang sangat indah dan manis untuk dikenang..apalagi setelah sekian lama anak-anak asyik terperuk dirumah sahaja.Saya sangat bersyukur dan amat bertuah kerana memiliki suami yang sangat penyayang dan perihatin dengan keperluan keluarga.Jadi secara jujur saya nyatakan ..saya amat bahagia dan ingin mengabadikan kenangan itu di laman ini..Biarlah ianya jadi tontonan anda kerana ia adalah kenangan indah bila bersama keluarga tercinta.

Saturday, August 31, 2013
SEPTEMBER....bulan istimewa..
Hari ini adalah hari pertama dalam bulan kesembilan(September) tahun 2013 ini.Selama tempoh lapan bulan yang lepas saya terfikir adakah apa-apa pencapaian dalam hidup ini telah saya capai.Entahlah ...tapi apa yang saya tahu,bulan September tahun ini adalah bulan yang paling istimewa..Antara keistimewaannya ialah..
a) tahun ini,anak sulung saya akan menduduki Ujian UPSR.UPSR akan diadakan pada 10 - 12 September
2013
b)tahun ini pada tarikh keramat 6 September 2013 adalah hari ulangtahun perhahwinan saya yang ke 13
tahun.
c) pada 26 September 2013..anak bongsu saya yang tercinta pula akan menyambut harijadinya yang ke
3 tahun.
Mungkin apa yang saya catatkan ini tidak berkaitan dengan sesiapa tapi inilah agenda indah yang akan saya hadapi dalam bulan SEPTEMBER ini.Saya bersyukur kerana masih dapat menikmati kehidupan ini dengan penuh nikmat dan berkat dari Yang Maha Esa.
Emmy..UPSR... |
26 September 2010 |
![]() |
06 September 2000 |
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !
SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN KEMERDEKAAN NEGARA MALAYSIA YANG TERCINTA.
SEMOGA NEGARA MALAYSIA KITA YANG TERCINTA INI AKAN TERUS MAJU DAN DAN BIARLAH PERKATAAN AZIMAT "MERDEKA" INI AKAN DIHAYATI DALAM ERTIKATA YANG SEBENAR.
Thursday, August 29, 2013
Long Panai..Rumah Panjang Kebanggaanku...
Salam sejahtera,
Inilah serba sedikit tentang rumah panjang yang menjadi kebanggaan saya.Walaupun saya tidak menetap disana namun dengan adanya kemajuan teknologi terkini saya dapat mengikuti setiap perkembangan yang berlaku di sana...sekian..
Sedar tak sedar dah hampir 5 tahun saya tidak pulang ke rumah panjang.Sejak meninggalkannya atas sebab mengikut suami pada tahun 2008 saya tidak lagi kembali kesana..Tapi saya sangat gembira kerana masih ada insan yang sudi mengabadikan foto kampung saya ni..Sekurang-kurangnya rasa rindu tu terubat juga...inilah foto rumah panjang tempat kelahiran dan tempat saya mengenal erti kehidupan..Anak-anak saya yang ketiga dan bongsu,belum pernah menjejakkan kaki kesini...
Inilah rumah panjang yang menjadi kebanggaan saya.Tapi..sekarang dah banyak yang berubah..dari yang positif begitu juga yang negatif.Perubahan positif disini ialah,sekarang dah boleh gunakan handphone..berbanding dulu,hanya ada 2 pondok telefon awam.Itupun selalu bermasalah.Tapi,syukurlah,semua kemudahan asas ada disini seperti klinik,sekolah menengah dan sekolah rendah.Apa yang paling mengujakan saya ialah..kereta pacuan 4 roda pun sudah dapat masuk kesini.Jadi bolehlah balik kampung bila-bila masa....
![]() | |||
Bahagian ini dipanggil"Uma Lirung" |
Ha..dibahagian yang dipanggil "Uma Lirung" inilah rumah saya.Bahagian ini dipanggil "Uma Lirung"kerana disini terdapat satu lubuk sungai yang membolehkan bot express yang menjadi pengangkutan utama membuat putaran untuk kehilir menghala ke Pekan Marudi yang terletak kira-kira 3-4 jam perjalanan.Beginilah rupa bahagian dalam rumah panjang.Bahagian ini lebih dikenali sebagai kaki lima.Inilah yang menghubungkan setiap pintu(bilik)di rumah panjang yang terdiri daripada lebih 100 pintu ini.
Beranda@KakiLima |
Beranda@Kaki Lima |
Saturday, August 17, 2013
Nadi kehidupanku...
Hai semua...
Pernahkah anda ditinggalkan suami tercinta selama berbulan atau paling tidak dalam jangka waktu yang agak lama gara-gara mencari rezeki buat keluarga tercinta?Apakah yang akan dilakukan khususnya sebagai seorang ibu yang merangkap surirumah sepenuh masa,bila berada dalam situasi seperti ini?Mari,kita kongsikan bersama kerana saya adalah salah seorang yang berada dalam situasi ini.
Memandangkan suami sentiasa bertugas diluar kawasan maka secara tidak langsung menyebabkan dia harus meninggalkan keluarga.Jadi..disinilah tanggungjawab sebagai bapa dan ketua keluarga itu berpindah secara langsung ke atas bahu isteri.Maka bertambahlah satu lagi beban tanggungjawab yang harus dipikul oleh isteri disamping tanggungjawab sedia ada.
Namun,semua beban yang dipikul dan masalah yang dihadapi ini pastinya akan dapat diatasi dengan kehadiran anak-anak.Memanglah kadang-kadang kita akan berhadapan dengan masalah apalagi kalau anak jatuh sakit,urusan persekolahan,penyediaan keperluan harian seperti makanan,pakaian dan sebagainya.Menjadi ibu dan isteri adalah satu tanggungjawab yang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata.Walaubagaimanapun..anak-anak inilah yang menjadi nadi bagi kehidupan saya.Merekalah tempat saya berkongsi segalanya.Mereka akan membuatkan saya tertawa,tersenyum bahkan kadangkala menangis...sekurang-kurangnya rasa kesepian itu tidak ada tempat dalam kehidupan saya.Rumah sentiasa dipenuhi dengan teriakan,ketawa,usikan dan juga tangisan mereka.Saya amat bersyukur kerana walaupun sering ditinggalkan suami namun kesepian dan kekosongan jiwa sentiasa terubat dengan kehadiran permata hati yang menjadi nadi kehidupanku didunia ini...
Walaupun tanpa ayah untuk selalu menemani..namun kegembiraan dan kepuasan akan terpancar diwajah anak-anak jika kita sebagai seorang ibu meluangkan masa untuk dinikmati bersama.....walaupun hanya setakat di restoran makanan segera seperti ini.......
Subscribe to:
Posts (Atom)