Pernahkah anda ditinggalkan suami tercinta selama berbulan atau paling tidak dalam jangka waktu yang agak lama gara-gara mencari rezeki buat keluarga tercinta?Apakah yang akan dilakukan khususnya sebagai seorang ibu yang merangkap surirumah sepenuh masa,bila berada dalam situasi seperti ini?Mari,kita kongsikan bersama kerana saya adalah salah seorang yang berada dalam situasi ini.
Memandangkan suami sentiasa bertugas diluar kawasan maka secara tidak langsung menyebabkan dia harus meninggalkan keluarga.Jadi..disinilah tanggungjawab sebagai bapa dan ketua keluarga itu berpindah secara langsung ke atas bahu isteri.Maka bertambahlah satu lagi beban tanggungjawab yang harus dipikul oleh isteri disamping tanggungjawab sedia ada.
Namun,semua beban yang dipikul dan masalah yang dihadapi ini pastinya akan dapat diatasi dengan kehadiran anak-anak.Memanglah kadang-kadang kita akan berhadapan dengan masalah apalagi kalau anak jatuh sakit,urusan persekolahan,penyediaan keperluan harian seperti makanan,pakaian dan sebagainya.Menjadi ibu dan isteri adalah satu tanggungjawab yang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata.Walaubagaimanapun..anak-anak inilah yang menjadi nadi bagi kehidupan saya.Merekalah tempat saya berkongsi segalanya.Mereka akan membuatkan saya tertawa,tersenyum bahkan kadangkala menangis...sekurang-kurangnya rasa kesepian itu tidak ada tempat dalam kehidupan saya.Rumah sentiasa dipenuhi dengan teriakan,ketawa,usikan dan juga tangisan mereka.Saya amat bersyukur kerana walaupun sering ditinggalkan suami namun kesepian dan kekosongan jiwa sentiasa terubat dengan kehadiran permata hati yang menjadi nadi kehidupanku didunia ini...
Walaupun tanpa ayah untuk selalu menemani..namun kegembiraan dan kepuasan akan terpancar diwajah anak-anak jika kita sebagai seorang ibu meluangkan masa untuk dinikmati bersama.....walaupun hanya setakat di restoran makanan segera seperti ini.......
No comments:
Post a Comment