Corak hidup dan bahasa kaum Lun Bawang mempunyai banyak persamaan dengan kaum Kelabit walaupun sebutannya agak berbeza sedikit.Mereka juga mempunyai kaedah yang hampir sama dalam penyediaan nasi,iaitu nasi yang dibungkus atau 'nuba laya' .Nuba laya adalah nasi yang dibungkus menggunakan daun pisang ataupun daun "itip"yang diperolehi di kawasan hutan berhampiran kampung.
![]() |
Nuba Laya |
Kini kaum Lun Bawang semakin maju dari aspek pendidikan dan berkembang sejajar dengan peredaran masa.Menyedari akan kepentingan pendidikan,kini ramai diantara mereka berjaya berjaya menjawat jawatan tinggi sama ada dalam sektor kerajaan mahupun sektor swasta.Tidak kurang pula yang berjaya memiliki perniagaan,syarikat ataupun perusahaan sendiri.Selain itu,beberapa orang dari kaum ini telah menjadi peguam yang berjaya dan dikenali ramai.
Menyedari kepentingan persatuan,kini masyarakat Lun Bawang dapat menyuarakan pendapat dan masalah mereka melalui saluran yang sah iaitu melalui Persatuan Lun Bawang Sarawak.Setiap tahun,satu perayaan yang telah diiktiraf oleh kerajaan,yang dikenali sebagai Pesta Lun Bawang atau Irau Aco Lun Bawang akan diadakan di Bandar Lawas.Pada waktu inilah semua masyarakat Lun Bawang dari segenap pelusuk negeri datang untuk memeriahkannya.Dalam masa yang sama,hubungan sesama masyarakat yang unik ini dapat dirapatkan semula kerana disinilah mereka dapat bertukar idea dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam suasana meriah dan penuh semangat kekeluargaan.Semoga masyarakat ini terus maju dalam semua bidang setanding dengan kaum-kaum lain yang ada di Malaysia...sekian.
No comments:
Post a Comment