Menjadi surirumah sepenuh masa bukanlah suatu tugas yang mudah.Ia amat memerlukan pembahagian masa yang teliti supaya segala pekerjaan rumahtangga yang sentiasa berlambak dan pastinya tidak berkesudahan itu dapat dikurangkan walaupun mustahil dalam ertikata sebenar.Namun begitu,saya bukanlah seorang yang suka buang masa dan kalau boleh,biarlah saya berusaha mengisi sedikit waktu untuk diri sendiri.Apa yang saya hasilkan (seperti diatas..)sebenarnya bukanlah kraftangan yang digunakan dalan kaum/suku saya.Ia adalah kraf yang biasa digunakan oleh suku suami saya.Ia digunakan sebagai penghias atau tali parang tradisi milik kaum Lun Bawang(khususnya di Limbang/Lawas)yang dipanggil "Pelepet".
Hasil kraf diatas di panggil "remiri pelepet"atau tali parang.Hobi untuk membuat kraf diatas timbul sebaik sahaja saya mendirikan rumahtangga dengan suami,walaupun berbeza kaum.Saya memang berminat membuat kraftangan,apalagi yang melibatkan manik.Jenis manik ini pula adalah yang paling halus .Ia memerlukan pemerhatian dan kreativiti yang tinggi untuk menghasilkan suatu kraf manik yang menarik dan bermutu.Saya mengambil masa lebih kurang dua bulan untuk menyiapkannya.Jadi..kebanyakan masa terluang dirumah saya penuhi dengan menyiapkan kraftangan ini.Kini ia telah siap sepenuhnya..
Ini pula hasil seterusnya.Kraf ini adalah berbentuk rantai.Ia boleh digunakan untuk perhiasan seperti rantai leher dan juga boleh digantung sebagai perhiasan dalam kereta atau dinding.Kraf ini agak mudah dan cepat untuk disiapkan.Pilihan manik pula adalah mengikut kehendak individu dan saiznya juga bergantung kepada minat masing-masing.Rekabentuknya ada pelbagai..tetapi cara membuatnya adalah sama.Inilah hobi masa terluang saya.Hobi seperti ini memberikan saya kepuasan walaupun hanya disiapkan bila ada masa terluang sahaja...
No comments:
Post a Comment