Semalam(7.8.2013) adalah hari yang sangat istimewa buat diri saya secara peribadi.Saya berasa sangat gembira dan terhutang budi dengan Facebook.Nak tahu kenapa??Setelah hampir 19 tahun meninggalkan alam persekolahan..akhirnya kami dapat dipertemukan melalui Facebook.Saya sangat teruja sekali kerana selama ini saya memang menyimpan impian untuk berhubung dengan semua rakan sekelas.Maklumlah,sejak meninggalkan meninggalkan sekolah..SMK SUBIS,BATU NIAH,MIRI..kami menjalani kehidupan masing-masing dan hubungan yang terjalin setelah 5 tahun dibawah satu bumbung terputus begitu sahaja.
Akhirnya saya berjaya menjejaki salah seorang daripada mereka..Peter Mullie..awal pagi semalam bila saya cuba membuka semula laman Facebook sekolah lama.Bayangkan kami terputus hubungan sejak meninggalkan sekolah itu pada tahun 1994..dan baru sekarang kami dapat berhubung semula..ha.ha..ha..terima kasih FACEBOOK.Bermula dari seorang sahabat kutemukan kini..rakan-rakan lain juga sudah mula menjadi rakan di Facebook.Sungguh tak sangka..rasanya seperti mahu kembali semula ke alam persekolahan seperti dulu.Apa yang paling menggembirakan..saya dapa melihat semula wajah-wajah bekas guru yang pernah mengajar saya..Sekurang-kurangnya dengan pertemuan ini,walaupun hanya melalui FACEBOOK,saya berharap agar pada suatu masa nanti kami akan dapat berjumpa muka bertemu muka (face to face)pula.Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih tak terhingga pada FACEBOOK.You Are Great....
Terima kasih kerana sudi singgah dan meluangkan masa membaca coretan ini..Sekian.
No comments:
Post a Comment