Ads

Monday, July 22, 2013

Happy Time...

Aktiviti hujung minggu kami sekeluarga tidaklah sehebat seperti pergi melancong atau ke shopping mall,tapi kebanyakannya kami nikmati bersama dirumah.Maklumlah...lebih bebas dan tidak terikat dengan apa peraturan mahupun mahu menjaga keterampilan diri didepan orang ramai.Di rumah lebih santai..pakai baju apapun tak kisah,makan apapun lagilah tak kisah.Sebenarnya aku kasihan dengan budak-budak ni..dah daddy selalu tak ada dirumah kerana hakikat pekerjaan,jadi semuanya pada bahu mommyni lah...

Tapi..sebelum menikmati makanan yang ala kadarnya tu,ada juga yang harus dibereskan dulu..Kenalah bersihkan dulu kawasan tu..yalahh..bakar daun dan rumput kering tu..sekurang-kurangnya dapat juga halau nyamuk yang sering menggigit kaki dan tangan..
Ha..kan dah kata dapat eratkan hubungan..Mereka berdua ni anak kedua(boy)dan ketiga (girl)dalam family kami.Tapi..mereka ni macam buah durian dan timun..asyik begaduh saja..pantang berjumpa..ha..dengan cara ini..dapatlah kurangkan sikit stress..
Akhirnya..kawasan tadi ditanam pula dengan sesuatu yang akan memberikan hasil yang boleh pula dinikmati oleh seluruh kaum keluarga.Bukankah lebih bermakna bila bersantai dirumah bersama keluarga tercinta dengan melakukan aktiviti begini..jimat belanja,menyihatkan badan,mengurankan stress dan yang paling penting..semua hasilnya dapat dinikmati oleh seluruh anggota keluarga.Ha..sekarang dapatlah menjamu selera sendiri dengan...melakukan aktiviti ini pula......sekian..
Happy Time Together......





No comments:

Post a Comment