Ads

Saturday, August 31, 2013

SEPTEMBER....bulan istimewa..

Hari ini adalah hari pertama dalam bulan kesembilan(September) tahun 2013 ini.Selama tempoh lapan bulan yang lepas saya terfikir adakah apa-apa pencapaian dalam hidup ini telah saya capai.Entahlah ...tapi apa yang saya tahu,bulan September tahun ini adalah bulan yang paling istimewa..Antara keistimewaannya ialah..
a) tahun ini,anak sulung saya akan menduduki Ujian UPSR.UPSR akan diadakan pada 10 - 12 September
    2013
b)tahun ini pada tarikh keramat 6 September 2013 adalah hari ulangtahun perhahwinan saya yang ke 13 
   tahun.
c) pada 26 September 2013..anak bongsu saya yang tercinta pula akan menyambut harijadinya yang ke
    3 tahun.
Mungkin apa yang saya catatkan ini tidak berkaitan dengan sesiapa tapi inilah agenda indah yang akan saya hadapi dalam bulan SEPTEMBER ini.Saya bersyukur kerana masih dapat menikmati kehidupan ini dengan penuh nikmat dan berkat dari Yang Maha Esa.  

Emmy..UPSR...

26 September 2010
06 September 2000
     Terima kasih kerana sudi menjengah ke sini....

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN KEMERDEKAAN NEGARA MALAYSIA YANG TERCINTA.
SEMOGA NEGARA MALAYSIA KITA YANG TERCINTA INI AKAN TERUS MAJU DAN DAN BIARLAH PERKATAAN AZIMAT "MERDEKA" INI AKAN DIHAYATI DALAM ERTIKATA YANG SEBENAR.

Thursday, August 29, 2013

Long Panai..Rumah Panjang Kebanggaanku...

Salam sejahtera,

   Sedar tak sedar dah hampir 5 tahun saya tidak pulang ke rumah panjang.Sejak meninggalkannya atas sebab mengikut suami pada tahun 2008 saya tidak lagi kembali kesana..Tapi saya sangat gembira kerana masih ada insan yang sudi mengabadikan foto kampung saya ni..Sekurang-kurangnya rasa rindu tu terubat juga...inilah foto rumah panjang tempat kelahiran dan tempat saya mengenal erti kehidupan..Anak-anak saya yang ketiga dan bongsu,belum pernah menjejakkan kaki kesini...
Inilah rumah panjang yang menjadi kebanggaan saya.Tapi..sekarang dah banyak yang berubah..dari yang positif begitu juga yang negatif.Perubahan positif disini ialah,sekarang dah boleh gunakan handphone..berbanding dulu,hanya ada 2 pondok telefon awam.Itupun selalu bermasalah.Tapi,syukurlah,semua kemudahan asas ada disini seperti klinik,sekolah menengah dan sekolah rendah.Apa yang paling mengujakan saya ialah..kereta pacuan 4 roda pun sudah dapat masuk kesini.Jadi bolehlah balik kampung bila-bila masa....
Bahagian ini dipanggil"Uma Lirung"


Ha..dibahagian yang dipanggil "Uma Lirung" inilah rumah saya.Bahagian ini dipanggil "Uma Lirung"kerana disini terdapat satu lubuk sungai yang membolehkan bot express yang menjadi pengangkutan utama membuat putaran untuk kehilir menghala ke Pekan Marudi yang terletak kira-kira 3-4 jam perjalanan.Beginilah rupa bahagian dalam rumah panjang.Bahagian ini lebih dikenali sebagai kaki lima.Inilah yang menghubungkan setiap pintu(bilik)di rumah panjang yang terdiri daripada lebih 100 pintu ini.

Beranda@KakiLima





Beranda@Kaki Lima
Inilah serba sedikit tentang rumah panjang yang menjadi kebanggaan saya.Walaupun saya tidak menetap disana namun dengan adanya kemajuan teknologi terkini saya dapat mengikuti setiap perkembangan yang berlaku di sana...sekian..

Saturday, August 17, 2013

Nadi kehidupanku...

Hai semua...

Pernahkah anda ditinggalkan suami tercinta selama berbulan atau paling tidak dalam jangka waktu yang agak lama gara-gara mencari rezeki buat keluarga tercinta?Apakah yang akan dilakukan khususnya sebagai seorang ibu yang merangkap surirumah sepenuh masa,bila berada dalam situasi seperti ini?Mari,kita kongsikan bersama kerana saya adalah salah seorang yang berada dalam situasi ini.
  Memandangkan suami sentiasa bertugas diluar kawasan maka secara tidak langsung menyebabkan dia harus meninggalkan keluarga.Jadi..disinilah tanggungjawab sebagai bapa dan ketua keluarga itu berpindah secara langsung ke atas bahu isteri.Maka bertambahlah satu lagi beban tanggungjawab yang harus dipikul oleh isteri disamping tanggungjawab sedia ada.
  Namun,semua beban yang dipikul dan masalah yang dihadapi ini pastinya akan dapat diatasi dengan kehadiran anak-anak.Memanglah kadang-kadang kita akan berhadapan dengan masalah apalagi kalau anak jatuh sakit,urusan persekolahan,penyediaan keperluan harian seperti makanan,pakaian dan sebagainya.Menjadi ibu dan isteri adalah satu tanggungjawab yang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata.Walaubagaimanapun..anak-anak inilah yang menjadi nadi bagi kehidupan saya.Merekalah tempat saya berkongsi segalanya.Mereka akan membuatkan saya tertawa,tersenyum bahkan kadangkala menangis...sekurang-kurangnya rasa kesepian itu tidak ada tempat dalam kehidupan saya.Rumah sentiasa dipenuhi dengan teriakan,ketawa,usikan dan juga tangisan mereka.Saya amat bersyukur kerana walaupun sering ditinggalkan suami namun kesepian dan kekosongan jiwa sentiasa terubat dengan kehadiran permata hati yang menjadi nadi kehidupanku didunia ini...




 Walaupun tanpa ayah untuk selalu menemani..namun kegembiraan dan kepuasan akan terpancar diwajah anak-anak jika kita sebagai seorang ibu meluangkan masa untuk dinikmati bersama.....walaupun hanya setakat di restoran makanan segera seperti ini.......

Friday, August 9, 2013

Lun Bawang...Budaya yang harus dipertahankan...

Masyarakat Lun Bawang adalah salah satu kaum etnik yang terdapat di Negeri Sarawak.Perkataan "Lun" bermaksud orang,manakala "Bawang" pula merujuk kepada tempat(tempatan).Suku Lun Bawang kebanyakannya mendiami kawasan di sekitar Bahagian Limbang,Lawas,Trusan,Kalimantan Indonesia dan Temburong di Negara Brunei Darussalam.Di Negeri Sabah pula mereka lebih dikenali sebagai Lun Dayeh atau Orang Ulu.
   Corak hidup dan bahasa kaum Lun Bawang mempunyai banyak persamaan dengan kaum Kelabit walaupun sebutannya agak berbeza sedikit.Mereka juga mempunyai kaedah yang hampir sama dalam penyediaan nasi,iaitu nasi yang dibungkus atau 'nuba laya' .Nuba laya adalah nasi yang dibungkus menggunakan daun pisang ataupun daun "itip"yang diperolehi di kawasan hutan berhampiran kampung.
Nuba Laya
Masyarakat Lun Bawang biasanya menternak kerbau atau lembu sebagai aktiviti dan sumber  pendapatan sampingan.Selain itu,haiwan ternakan ini juga akan dijadikan sebagai hantaran perkahwinan.Menurut adat resam kaum ini,pihak pengantin lelaki dkehendaki menghadiahkan beberapa ekor kerbau sebagai hantaran perkahwinan yang dpanggil "purut" kepada keluarga pengantin perempuan.
Kini kaum Lun Bawang semakin maju dari aspek pendidikan dan berkembang sejajar dengan peredaran masa.Menyedari akan kepentingan pendidikan,kini ramai diantara mereka berjaya berjaya menjawat jawatan tinggi sama ada dalam sektor kerajaan mahupun sektor swasta.Tidak kurang pula yang berjaya memiliki perniagaan,syarikat ataupun perusahaan sendiri.Selain itu,beberapa orang dari kaum ini telah menjadi peguam yang berjaya dan dikenali ramai.
Wanita Lun Bawang

Menyedari kepentingan persatuan,kini masyarakat Lun Bawang dapat menyuarakan pendapat dan masalah mereka melalui saluran yang sah iaitu melalui Persatuan  Lun Bawang Sarawak.Setiap tahun,satu perayaan yang telah diiktiraf oleh kerajaan,yang dikenali sebagai Pesta Lun Bawang atau Irau Aco Lun Bawang akan diadakan di Bandar Lawas.Pada waktu inilah semua masyarakat Lun Bawang dari segenap pelusuk negeri datang untuk memeriahkannya.Dalam masa yang sama,hubungan sesama masyarakat yang unik ini dapat dirapatkan semula kerana disinilah mereka dapat bertukar idea dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman  dalam suasana meriah dan penuh semangat kekeluargaan.Semoga masyarakat ini terus maju dalam semua bidang setanding dengan kaum-kaum lain yang ada di Malaysia...sekian.

Wednesday, August 7, 2013

THANKS FACEBOOK...

Salam sejahtera,
Semalam(7.8.2013) adalah hari yang sangat istimewa buat diri saya secara peribadi.Saya berasa sangat gembira dan terhutang budi dengan Facebook.Nak tahu kenapa??Setelah hampir 19 tahun meninggalkan alam persekolahan..akhirnya kami dapat dipertemukan melalui Facebook.Saya sangat teruja sekali kerana selama ini saya memang menyimpan impian untuk berhubung dengan semua rakan sekelas.Maklumlah,sejak meninggalkan meninggalkan sekolah..SMK SUBIS,BATU NIAH,MIRI..kami menjalani kehidupan masing-masing dan hubungan yang terjalin setelah 5 tahun dibawah satu bumbung terputus begitu sahaja.
     Akhirnya saya  berjaya menjejaki salah seorang daripada mereka..Peter Mullie..awal pagi semalam bila saya cuba membuka semula laman Facebook sekolah lama.Bayangkan kami terputus hubungan sejak meninggalkan sekolah itu pada tahun 1994..dan baru sekarang kami dapat berhubung semula..ha.ha..ha..terima kasih FACEBOOK.Bermula dari seorang sahabat kutemukan kini..rakan-rakan lain juga sudah mula menjadi rakan di Facebook.Sungguh tak sangka..rasanya seperti mahu kembali semula ke alam persekolahan seperti dulu.Apa yang paling menggembirakan..saya dapa melihat semula wajah-wajah bekas guru yang pernah mengajar saya..Sekurang-kurangnya dengan pertemuan ini,walaupun hanya melalui FACEBOOK,saya berharap agar pada suatu masa nanti kami akan dapat berjumpa muka bertemu muka (face to face)pula.Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih tak terhingga pada FACEBOOK.You Are Great....
    Terima kasih kerana sudi singgah dan meluangkan masa membaca coretan ini..Sekian.

Monday, August 5, 2013

My Hobby

handcraft
Menjadi surirumah sepenuh masa bukanlah suatu tugas yang mudah.Ia amat memerlukan pembahagian masa yang teliti supaya segala pekerjaan rumahtangga yang sentiasa berlambak dan pastinya tidak berkesudahan itu dapat dikurangkan walaupun mustahil dalam ertikata sebenar.Namun begitu,saya bukanlah seorang yang suka buang masa dan kalau boleh,biarlah saya berusaha mengisi sedikit waktu untuk diri sendiri.Apa yang saya hasilkan (seperti diatas..)sebenarnya bukanlah kraftangan yang digunakan dalan kaum/suku saya.Ia adalah kraf yang biasa digunakan oleh suku suami saya.Ia digunakan sebagai penghias atau tali parang tradisi milik kaum Lun Bawang(khususnya di Limbang/Lawas)yang dipanggil "Pelepet".
      Hasil kraf diatas di panggil "remiri pelepet"atau tali parang.Hobi untuk membuat kraf diatas timbul sebaik sahaja saya mendirikan rumahtangga dengan suami,walaupun berbeza kaum.Saya memang berminat membuat kraftangan,apalagi yang melibatkan manik.Jenis manik ini pula adalah yang paling halus .Ia memerlukan pemerhatian dan kreativiti yang tinggi untuk menghasilkan suatu kraf manik yang menarik dan bermutu.Saya mengambil masa lebih kurang dua bulan untuk menyiapkannya.Jadi..kebanyakan masa terluang dirumah saya penuhi dengan menyiapkan kraftangan ini.Kini ia telah siap sepenuhnya..
   Ini pula hasil seterusnya.Kraf ini adalah berbentuk rantai.Ia boleh digunakan untuk perhiasan seperti rantai leher dan juga boleh digantung sebagai perhiasan dalam kereta atau dinding.Kraf ini agak mudah dan cepat untuk disiapkan.Pilihan manik pula adalah mengikut kehendak individu dan saiznya juga bergantung kepada minat masing-masing.Rekabentuknya ada pelbagai..tetapi cara membuatnya adalah sama.Inilah hobi masa terluang saya.Hobi seperti ini memberikan saya kepuasan walaupun hanya disiapkan bila ada masa terluang sahaja...

Merekalah Permata....

Bila berada dalam kesusahan,
Merekalah peneman,
Bila dalam kegelisahan,
Merekalah pengubat lara,
Bila dilanda duka,
Merekalah pembawa ceria,

Apalah ertinya dunia,jika mereka tiada...
Apalah ertinya derita,jika tidak dikongsi bersama,
Apalah ertinya suka...jika tidak tertawa bersama..
Apalah ertinya bahagia jika mereka tiada...

Alangkah indahnya hidup ini,
Tatkala mereka tersenyum tanda gembira,
Tatkala mereka tertawa tanda suka..
Tatkala mereka berusaha membawa ceria,
Menjadi nadi hidup berkeluarga,
Sedang mereka masih belum mengerti apapun jua...

Aku bahagia,
Aku amat bersyukur kepada Yang Maha Esa,
Aku bertuah atas karuniaNya,
Anugerah yang tiada taranya,
Aku berdoa,moga mereka semua,
Akan dilimpahi berkat dan dalam lindunganNya,
Sampai selama-lamanya.....
Kerana Mereka Adalah Permata Jiwa....