Iklan Sticky.Com..
Jana side income dengan cara yang paling santai dan sempoi..
Walaupun hanya dengan bayaran sebanyak RM0.15 per klik tetapi..dengan usaha berterusan dan kerajinan yang tinggi kita masih mampu menjana pendapatan yang lumayan..
Join sekarang..daftar percuma tanpa perlu keluarkan sesen pun..
http://iklansticky.com/hop.php?ref=debbie
Sunday, November 10, 2013
Sibuk sangatkah aku ni..?
Salam sejahtera..
Rasanya sudah lama saya tidak update blog ni...mana tidaknya..akhir-akhir ni sibuk mencari peluang jana pendapatan sampingan di internet..Adalah join biz itu..biz ini..tapi masih belum rezeki kot..sampai sekarang masih belum dapat apa-apa hasil lagi..
Zaman yang serba-serbi perlu duit ni membuatkan kebanyakan surirumah tangga(apalagi sepenuh masa..macam saya)berusaha untuk mencari peluang bekerja..khususnya hanya dari rumah..
Memandangkan saya masih belum pandai sangat nak masukkan iklan..atau apa-apa penambahan dalam laman blog..mungkin agak makan masa sikit untuk menjadikan blog simple ini menjadi lebih menarik..betul ke apa yang saya tulis ni..lantaklah..selagi saya berminat untuk belajar dan terus belajar..rasanya tiada yang mustahil....
Tambahan pula masalah line broadband yang saya guna ni merupakan penghalang untuk saya bebas menerokai apa itu dunia inetrnet ni..Tapi tak apalah kan..setiap persoalan akan ada jawapan dan penyelesaian..
Sekian saja dulu..jumpa lagi..

Tuesday, October 1, 2013
Saat indah bila bersama...
Salam sejahtera....
Wah dah hampir sebulan saya tidak update blog ini...biasalah ..selama ini agak sibuk dengan urusan rumahtangga,anak-anak dan macam-macam lagi..Tapi syukurlah kerana ada kesempatan ini..Walaubagaimanapun..kesibukan yang saya hadapi ini ada juga faedahnya.Masa inilah saya dapat merapatkan lagi hubungan sesama ahli keluarga..tambahan pula suami tersayang turut ada bersama..setelah hampir 2 bulan meninggalkan kami atas urusan pekerjaan.Kesempatan ini kami ambil untuk bersantai bersama.Foto ini adalah pemandangan ketika bersantai di Esplaned Sipitang Sabah..Mungkin ianya taklah se gah mana tapi apa yang penting ialah masa kami bersama adalah masa yang sangat indah dan manis untuk dikenang..apalagi setelah sekian lama anak-anak asyik terperuk dirumah sahaja.Saya sangat bersyukur dan amat bertuah kerana memiliki suami yang sangat penyayang dan perihatin dengan keperluan keluarga.Jadi secara jujur saya nyatakan ..saya amat bahagia dan ingin mengabadikan kenangan itu di laman ini..Biarlah ianya jadi tontonan anda kerana ia adalah kenangan indah bila bersama keluarga tercinta.

Saturday, August 31, 2013
SEPTEMBER....bulan istimewa..
Hari ini adalah hari pertama dalam bulan kesembilan(September) tahun 2013 ini.Selama tempoh lapan bulan yang lepas saya terfikir adakah apa-apa pencapaian dalam hidup ini telah saya capai.Entahlah ...tapi apa yang saya tahu,bulan September tahun ini adalah bulan yang paling istimewa..Antara keistimewaannya ialah..
a) tahun ini,anak sulung saya akan menduduki Ujian UPSR.UPSR akan diadakan pada 10 - 12 September
2013
b)tahun ini pada tarikh keramat 6 September 2013 adalah hari ulangtahun perhahwinan saya yang ke 13
tahun.
c) pada 26 September 2013..anak bongsu saya yang tercinta pula akan menyambut harijadinya yang ke
3 tahun.
Mungkin apa yang saya catatkan ini tidak berkaitan dengan sesiapa tapi inilah agenda indah yang akan saya hadapi dalam bulan SEPTEMBER ini.Saya bersyukur kerana masih dapat menikmati kehidupan ini dengan penuh nikmat dan berkat dari Yang Maha Esa.
Emmy..UPSR... |
26 September 2010 |
![]() |
06 September 2000 |
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !
SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN KEMERDEKAAN NEGARA MALAYSIA YANG TERCINTA.
SEMOGA NEGARA MALAYSIA KITA YANG TERCINTA INI AKAN TERUS MAJU DAN DAN BIARLAH PERKATAAN AZIMAT "MERDEKA" INI AKAN DIHAYATI DALAM ERTIKATA YANG SEBENAR.
Thursday, August 29, 2013
Long Panai..Rumah Panjang Kebanggaanku...
Salam sejahtera,
Inilah serba sedikit tentang rumah panjang yang menjadi kebanggaan saya.Walaupun saya tidak menetap disana namun dengan adanya kemajuan teknologi terkini saya dapat mengikuti setiap perkembangan yang berlaku di sana...sekian..
Sedar tak sedar dah hampir 5 tahun saya tidak pulang ke rumah panjang.Sejak meninggalkannya atas sebab mengikut suami pada tahun 2008 saya tidak lagi kembali kesana..Tapi saya sangat gembira kerana masih ada insan yang sudi mengabadikan foto kampung saya ni..Sekurang-kurangnya rasa rindu tu terubat juga...inilah foto rumah panjang tempat kelahiran dan tempat saya mengenal erti kehidupan..Anak-anak saya yang ketiga dan bongsu,belum pernah menjejakkan kaki kesini...
Inilah rumah panjang yang menjadi kebanggaan saya.Tapi..sekarang dah banyak yang berubah..dari yang positif begitu juga yang negatif.Perubahan positif disini ialah,sekarang dah boleh gunakan handphone..berbanding dulu,hanya ada 2 pondok telefon awam.Itupun selalu bermasalah.Tapi,syukurlah,semua kemudahan asas ada disini seperti klinik,sekolah menengah dan sekolah rendah.Apa yang paling mengujakan saya ialah..kereta pacuan 4 roda pun sudah dapat masuk kesini.Jadi bolehlah balik kampung bila-bila masa....
![]() | |||
Bahagian ini dipanggil"Uma Lirung" |
Ha..dibahagian yang dipanggil "Uma Lirung" inilah rumah saya.Bahagian ini dipanggil "Uma Lirung"kerana disini terdapat satu lubuk sungai yang membolehkan bot express yang menjadi pengangkutan utama membuat putaran untuk kehilir menghala ke Pekan Marudi yang terletak kira-kira 3-4 jam perjalanan.Beginilah rupa bahagian dalam rumah panjang.Bahagian ini lebih dikenali sebagai kaki lima.Inilah yang menghubungkan setiap pintu(bilik)di rumah panjang yang terdiri daripada lebih 100 pintu ini.
Beranda@KakiLima |
Beranda@Kaki Lima |
Saturday, August 17, 2013
Nadi kehidupanku...
Hai semua...
Pernahkah anda ditinggalkan suami tercinta selama berbulan atau paling tidak dalam jangka waktu yang agak lama gara-gara mencari rezeki buat keluarga tercinta?Apakah yang akan dilakukan khususnya sebagai seorang ibu yang merangkap surirumah sepenuh masa,bila berada dalam situasi seperti ini?Mari,kita kongsikan bersama kerana saya adalah salah seorang yang berada dalam situasi ini.
Memandangkan suami sentiasa bertugas diluar kawasan maka secara tidak langsung menyebabkan dia harus meninggalkan keluarga.Jadi..disinilah tanggungjawab sebagai bapa dan ketua keluarga itu berpindah secara langsung ke atas bahu isteri.Maka bertambahlah satu lagi beban tanggungjawab yang harus dipikul oleh isteri disamping tanggungjawab sedia ada.
Namun,semua beban yang dipikul dan masalah yang dihadapi ini pastinya akan dapat diatasi dengan kehadiran anak-anak.Memanglah kadang-kadang kita akan berhadapan dengan masalah apalagi kalau anak jatuh sakit,urusan persekolahan,penyediaan keperluan harian seperti makanan,pakaian dan sebagainya.Menjadi ibu dan isteri adalah satu tanggungjawab yang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata.Walaubagaimanapun..anak-anak inilah yang menjadi nadi bagi kehidupan saya.Merekalah tempat saya berkongsi segalanya.Mereka akan membuatkan saya tertawa,tersenyum bahkan kadangkala menangis...sekurang-kurangnya rasa kesepian itu tidak ada tempat dalam kehidupan saya.Rumah sentiasa dipenuhi dengan teriakan,ketawa,usikan dan juga tangisan mereka.Saya amat bersyukur kerana walaupun sering ditinggalkan suami namun kesepian dan kekosongan jiwa sentiasa terubat dengan kehadiran permata hati yang menjadi nadi kehidupanku didunia ini...
Walaupun tanpa ayah untuk selalu menemani..namun kegembiraan dan kepuasan akan terpancar diwajah anak-anak jika kita sebagai seorang ibu meluangkan masa untuk dinikmati bersama.....walaupun hanya setakat di restoran makanan segera seperti ini.......
Friday, August 9, 2013
Lun Bawang...Budaya yang harus dipertahankan...
Masyarakat Lun Bawang adalah salah satu kaum etnik yang terdapat di Negeri Sarawak.Perkataan "Lun" bermaksud orang,manakala "Bawang" pula merujuk kepada tempat(tempatan).Suku Lun Bawang kebanyakannya mendiami kawasan di sekitar Bahagian Limbang,Lawas,Trusan,Kalimantan Indonesia dan Temburong di Negara Brunei Darussalam.Di Negeri Sabah pula mereka lebih dikenali sebagai Lun Dayeh atau Orang Ulu.
Corak hidup dan bahasa kaum Lun Bawang mempunyai banyak persamaan dengan kaum Kelabit walaupun sebutannya agak berbeza sedikit.Mereka juga mempunyai kaedah yang hampir sama dalam penyediaan nasi,iaitu nasi yang dibungkus atau 'nuba laya' .Nuba laya adalah nasi yang dibungkus menggunakan daun pisang ataupun daun "itip"yang diperolehi di kawasan hutan berhampiran kampung.
Masyarakat Lun Bawang biasanya menternak kerbau atau lembu sebagai aktiviti dan sumber pendapatan sampingan.Selain itu,haiwan ternakan ini juga akan dijadikan sebagai hantaran perkahwinan.Menurut adat resam kaum ini,pihak pengantin lelaki dkehendaki menghadiahkan beberapa ekor kerbau sebagai hantaran perkahwinan yang dpanggil "purut" kepada keluarga pengantin perempuan.
Kini kaum Lun Bawang semakin maju dari aspek pendidikan dan berkembang sejajar dengan peredaran masa.Menyedari akan kepentingan pendidikan,kini ramai diantara mereka berjaya berjaya menjawat jawatan tinggi sama ada dalam sektor kerajaan mahupun sektor swasta.Tidak kurang pula yang berjaya memiliki perniagaan,syarikat ataupun perusahaan sendiri.Selain itu,beberapa orang dari kaum ini telah menjadi peguam yang berjaya dan dikenali ramai.
Menyedari kepentingan persatuan,kini masyarakat Lun Bawang dapat menyuarakan pendapat dan masalah mereka melalui saluran yang sah iaitu melalui Persatuan Lun Bawang Sarawak.Setiap tahun,satu perayaan yang telah diiktiraf oleh kerajaan,yang dikenali sebagai Pesta Lun Bawang atau Irau Aco Lun Bawang akan diadakan di Bandar Lawas.Pada waktu inilah semua masyarakat Lun Bawang dari segenap pelusuk negeri datang untuk memeriahkannya.Dalam masa yang sama,hubungan sesama masyarakat yang unik ini dapat dirapatkan semula kerana disinilah mereka dapat bertukar idea dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam suasana meriah dan penuh semangat kekeluargaan.Semoga masyarakat ini terus maju dalam semua bidang setanding dengan kaum-kaum lain yang ada di Malaysia...sekian.
Corak hidup dan bahasa kaum Lun Bawang mempunyai banyak persamaan dengan kaum Kelabit walaupun sebutannya agak berbeza sedikit.Mereka juga mempunyai kaedah yang hampir sama dalam penyediaan nasi,iaitu nasi yang dibungkus atau 'nuba laya' .Nuba laya adalah nasi yang dibungkus menggunakan daun pisang ataupun daun "itip"yang diperolehi di kawasan hutan berhampiran kampung.
![]() |
Nuba Laya |
Kini kaum Lun Bawang semakin maju dari aspek pendidikan dan berkembang sejajar dengan peredaran masa.Menyedari akan kepentingan pendidikan,kini ramai diantara mereka berjaya berjaya menjawat jawatan tinggi sama ada dalam sektor kerajaan mahupun sektor swasta.Tidak kurang pula yang berjaya memiliki perniagaan,syarikat ataupun perusahaan sendiri.Selain itu,beberapa orang dari kaum ini telah menjadi peguam yang berjaya dan dikenali ramai.
Menyedari kepentingan persatuan,kini masyarakat Lun Bawang dapat menyuarakan pendapat dan masalah mereka melalui saluran yang sah iaitu melalui Persatuan Lun Bawang Sarawak.Setiap tahun,satu perayaan yang telah diiktiraf oleh kerajaan,yang dikenali sebagai Pesta Lun Bawang atau Irau Aco Lun Bawang akan diadakan di Bandar Lawas.Pada waktu inilah semua masyarakat Lun Bawang dari segenap pelusuk negeri datang untuk memeriahkannya.Dalam masa yang sama,hubungan sesama masyarakat yang unik ini dapat dirapatkan semula kerana disinilah mereka dapat bertukar idea dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam suasana meriah dan penuh semangat kekeluargaan.Semoga masyarakat ini terus maju dalam semua bidang setanding dengan kaum-kaum lain yang ada di Malaysia...sekian.
Wednesday, August 7, 2013
THANKS FACEBOOK...
Semalam(7.8.2013) adalah hari yang sangat istimewa buat diri saya secara peribadi.Saya berasa sangat gembira dan terhutang budi dengan Facebook.Nak tahu kenapa??Setelah hampir 19 tahun meninggalkan alam persekolahan..akhirnya kami dapat dipertemukan melalui Facebook.Saya sangat teruja sekali kerana selama ini saya memang menyimpan impian untuk berhubung dengan semua rakan sekelas.Maklumlah,sejak meninggalkan meninggalkan sekolah..SMK SUBIS,BATU NIAH,MIRI..kami menjalani kehidupan masing-masing dan hubungan yang terjalin setelah 5 tahun dibawah satu bumbung terputus begitu sahaja.
Akhirnya saya berjaya menjejaki salah seorang daripada mereka..Peter Mullie..awal pagi semalam bila saya cuba membuka semula laman Facebook sekolah lama.Bayangkan kami terputus hubungan sejak meninggalkan sekolah itu pada tahun 1994..dan baru sekarang kami dapat berhubung semula..ha.ha..ha..terima kasih FACEBOOK.Bermula dari seorang sahabat kutemukan kini..rakan-rakan lain juga sudah mula menjadi rakan di Facebook.Sungguh tak sangka..rasanya seperti mahu kembali semula ke alam persekolahan seperti dulu.Apa yang paling menggembirakan..saya dapa melihat semula wajah-wajah bekas guru yang pernah mengajar saya..Sekurang-kurangnya dengan pertemuan ini,walaupun hanya melalui FACEBOOK,saya berharap agar pada suatu masa nanti kami akan dapat berjumpa muka bertemu muka (face to face)pula.Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih tak terhingga pada FACEBOOK.You Are Great....
Terima kasih kerana sudi singgah dan meluangkan masa membaca coretan ini..Sekian.
Monday, August 5, 2013
My Hobby
Menjadi surirumah sepenuh masa bukanlah suatu tugas yang mudah.Ia amat memerlukan pembahagian masa yang teliti supaya segala pekerjaan rumahtangga yang sentiasa berlambak dan pastinya tidak berkesudahan itu dapat dikurangkan walaupun mustahil dalam ertikata sebenar.Namun begitu,saya bukanlah seorang yang suka buang masa dan kalau boleh,biarlah saya berusaha mengisi sedikit waktu untuk diri sendiri.Apa yang saya hasilkan (seperti diatas..)sebenarnya bukanlah kraftangan yang digunakan dalan kaum/suku saya.Ia adalah kraf yang biasa digunakan oleh suku suami saya.Ia digunakan sebagai penghias atau tali parang tradisi milik kaum Lun Bawang(khususnya di Limbang/Lawas)yang dipanggil "Pelepet".
Hasil kraf diatas di panggil "remiri pelepet"atau tali parang.Hobi untuk membuat kraf diatas timbul sebaik sahaja saya mendirikan rumahtangga dengan suami,walaupun berbeza kaum.Saya memang berminat membuat kraftangan,apalagi yang melibatkan manik.Jenis manik ini pula adalah yang paling halus .Ia memerlukan pemerhatian dan kreativiti yang tinggi untuk menghasilkan suatu kraf manik yang menarik dan bermutu.Saya mengambil masa lebih kurang dua bulan untuk menyiapkannya.Jadi..kebanyakan masa terluang dirumah saya penuhi dengan menyiapkan kraftangan ini.Kini ia telah siap sepenuhnya..
Ini pula hasil seterusnya.Kraf ini adalah berbentuk rantai.Ia boleh digunakan untuk perhiasan seperti rantai leher dan juga boleh digantung sebagai perhiasan dalam kereta atau dinding.Kraf ini agak mudah dan cepat untuk disiapkan.Pilihan manik pula adalah mengikut kehendak individu dan saiznya juga bergantung kepada minat masing-masing.Rekabentuknya ada pelbagai..tetapi cara membuatnya adalah sama.Inilah hobi masa terluang saya.Hobi seperti ini memberikan saya kepuasan walaupun hanya disiapkan bila ada masa terluang sahaja...
Merekalah Permata....
Bila berada dalam kesusahan,
Bila dalam kegelisahan,
Merekalah pengubat lara,
Bila dilanda duka,
Merekalah pembawa ceria,
Apalah ertinya dunia,jika mereka tiada...
Apalah ertinya derita,jika tidak dikongsi bersama,
Apalah ertinya suka...jika tidak tertawa bersama..
Apalah ertinya bahagia jika mereka tiada...
Alangkah indahnya hidup ini,
Tatkala mereka tersenyum tanda gembira,
Tatkala mereka berusaha membawa ceria,
Menjadi nadi hidup berkeluarga,
Sedang mereka masih belum mengerti apapun jua...
Aku bahagia,
Aku amat bersyukur kepada Yang Maha Esa,
Aku bertuah atas karuniaNya,
Anugerah yang tiada taranya,
Aku berdoa,moga mereka semua,
Akan dilimpahi berkat dan dalam lindunganNya,
Sampai selama-lamanya.....
Kerana Mereka Adalah Permata Jiwa....
Monday, July 22, 2013
Happy Time...
Aktiviti hujung minggu kami sekeluarga tidaklah sehebat seperti pergi melancong atau ke shopping mall,tapi kebanyakannya kami nikmati bersama dirumah.Maklumlah...lebih bebas dan tidak terikat dengan apa peraturan mahupun mahu menjaga keterampilan diri didepan orang ramai.Di rumah lebih santai..pakai baju apapun tak kisah,makan apapun lagilah tak kisah.Sebenarnya aku kasihan dengan budak-budak ni..dah daddy selalu tak ada dirumah kerana hakikat pekerjaan,jadi semuanya pada bahu mommyni lah...
Tapi..sebelum menikmati makanan yang ala kadarnya tu,ada juga yang harus dibereskan dulu..Kenalah bersihkan dulu kawasan tu..yalahh..bakar daun dan rumput kering tu..sekurang-kurangnya dapat juga halau nyamuk yang sering menggigit kaki dan tangan.. Ha..kan dah kata dapat eratkan hubungan..Mereka berdua ni anak kedua(boy)dan ketiga (girl)dalam family kami.Tapi..mereka ni macam buah durian dan timun..asyik begaduh saja..pantang berjumpa..ha..dengan cara ini..dapatlah kurangkan sikit stress.. Akhirnya..kawasan tadi ditanam pula dengan sesuatu yang akan memberikan hasil yang boleh pula dinikmati oleh seluruh kaum keluarga.Bukankah lebih bermakna bila bersantai dirumah bersama keluarga tercinta dengan melakukan aktiviti begini..jimat belanja,menyihatkan badan,mengurankan stress dan yang paling penting..semua hasilnya dapat dinikmati oleh seluruh anggota keluarga.Ha..sekarang dapatlah menjamu selera sendiri dengan...melakukan aktiviti ini pula......sekian..

Happy Time Together...... |
Saturday, July 20, 2013
HOW TO HAVE YOUR DREAM BABY
To Future Moms and Dads,
I think it is scary to leave it to fate to decided if you're going to have a baby boy or girl to complete your dream family right?Just imagine being able to have your dream a healthy baby boy or girl.Now you can discover the Natural Steps Towards Choosing Your Baby Gender Before Conception.Click here
Friday, July 19, 2013
THIS IS EMMY
This is my eldest daughter.At this moment she is celebrating her 11 years old birthday.It's just a simple birthday party.We didn't invite anyone but only among us.Just with a few food and drinks,as long as we have the birthday cake...and the very important things is..our wishes and prayer for her..May God will guide and protect her in whatever and wherever she go.
As her mom I want to share a little about her.But I want to tell you..her name is Emilyn and we call her Emmy.Emmy is a very simple person..like to laugh but sometimes she also is a very quiet girl..if I asked about something,she just smile.As the eldest in the family,now Emmy have to learn a lot of things about our family life.We shared about everything..She likes to cook..since in grade 3 I teach her to cook just a simple thing like an egg but now,sometimes she cook for the whole family.She likes fried rice and fried chicken so much..Now she can cook it whether for her siblings or for her own.Thanks God for giving me a very good child like Emmy.We love you so much....

Thursday, July 18, 2013
Cepatnya masa berlalu..
Pejam celik-pejam celik,dua bulan lagi Angel akan berusia 3 tahun..kan..begitu cepatnya masa berlalu.Dialah buah hati pengarang jantung keluarga kami.Dia sering diusik oleh kakak-kakak dan abangnya.Pun begitu Angel adalah anak manja dan penyeri dalam keluarga kami.We love Her so muchh.
Wednesday, July 10, 2013
MY SWEETHEART.....
Inilah wajah-wajah buah hati pengarang jantungku.Merekalah yang menjadi nadi kehidupan ku.Dunia ini terlalu indah dan kehidupan menjadi sangat bermakna bila dikelilingi oleh gelak tawa,tangisan mahupun jerit pekik mereka..Walaupun terkadang hidup ini dilanda pelbagai masalah,namun senyuman yang penuh dengan ketulusan diwajah mereka memberiku kekuatan untuk terus menjalankan tanggungjawabku selama nyawa ini masih ada.Hidup kami hanyalah sederhana namun dalam kesederhanaan inilah kami dapat menikmati erti bahagia...
Wednesday, July 3, 2013
Tenang..Damai..
Salam sejahtera,
Pernahkah memperhatikan sekeliling kita ketika kita keluar dari rumah atau ketika kita membawa keluarga tersayang untuk bersiar-siar melihat keindahan alam ciptaan Tuhan?Adakah kita pernah menikmatinya atau bersyukur kerana masih memilikinya?Gambar diatas adalah salah satu pemandangan yang sangat indah bagi saya.Inilah anugerah Tuhan yang masih ada di tempat saya dan saya amat merindukannya..Ketenangan dan kedamaian yang sangat luar biasa sekali akan dirasai disini...Kesegaran udara dan kedinginan airnya seolah-olah sedang memanggil saya untuk kembali kesana.Harapan saya,semoga tempat yang tenang dan damai ini akan terus terjaga supaya anak-anak saya juga akan dapat kesini suatu hari nanti..jumpa lagi..

Tuesday, July 2, 2013
Apa yang saya cari....
![]() |
Add caption |
Salam perkenalan dan selamat datang ke laman blog ini.Terima kasih yang tak terhingga kerana sudi singgah walaupun sebentar saja.Saya bukanlah seorang yang terkenal atau siapa-siapa cuma ,saya harap melalui laman blog ini saya dapat berinteraksi dengan anda dan membantu saya meneruskan pencarian ini..
Sekian.Terima kasih..
Subscribe to:
Posts (Atom)